Wednesday, February 4, 2015

Restoran Johnny's Restaurants

          Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blogger saya ini. Hari ini saya ingin berkongsi pendapat tentang restoran ini. Restoran ini menawarkan perkhidmatan table service kepada pelanggan. Pelanggan dikenakan service charge dan goverment tax dan total keseluruhanya ialah 16%. Restoran ini menawarkan makanan steamboat dan makanan laut. Harga mahal sedikit tetapi puas hati kerana ia lain daripada yang lain. Restoran ini juga menawarkan makanan yang lain seperti belacan rice, chicken wings, dan lain - lian lagi. Jadi datanglah ke sini untuk mencuba makanan yang baru. Terletak di Summit USJ di tingkat LG.          


SET menu yang telag disediakan

Hidangan yang telah disediakan

Tuesday, February 3, 2015

Restoran Upin & Ipin

       Assalamualaikum dan salam  sejahtera kepada anda semua. saya Muhd Arif Akmal Bin Muhd Zamri ingin bercerita tentang restoran Upin & Ipin yang terletak di Taman Melati. Restoran ini juga banyak membuka dipelbagai cawangan seperti shah alam, puterajaya dan lain-lain destinasi lagi. Restoran upin & ipin ini adalah sebuah restoran tema yang bertemakan karton yang dikenali diMalaysia dan dan segelintir negara yang terdekat dimalaysia. Restoran ini terkenal dengan ayam goreng ipin yang menjadi minat anak-anak kecil sekarang. Menu yang di sediakan adalah campuran makanan melayu malaysia dan wastern. servise yang diberi juga amat baik kerana tempatnya juga selesa. Upin & ipin ini Menu yang mesti ada ialah ayam goreng kerana hidangan ini adalah hidangan pilihan anak-anak juga orang dewasa. restoran ini juga menyediakan dessert seperti ais cream bagi pelanggan.

Restoran Upin & Ipin

Set Nasi Lemak Kak Rose



Sunday, February 1, 2015

Restoran Syed

                    Assalamulaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blogger saya ini. Saya di sini ingin menceritakan tentang kunjungan saya di restoran Syed di SS 19, Subang Jaya, Selangor. Di sini adalah kawasan rumah saya yang terletak di Subang Jaya. Restoran ini dibuka lebih dari 5 tahun lepas, ia juga merupakan tempat makanan yang agak sibuk pada setiap hari. Menu pemakanan ia juga agak menarik, paling digemari di restoran itu adalah nasi briani bersama lauk - pauk yang agak menyelerakan. Di restoran itu, saya telah memesan Nasi Goreng Pataya kerana ia agak sedap bagi saya dan agak menyelerakan. Sambil menjamu makanan tersebut, sya juga menonton permainan bola yang telah disediakan oleh mereka. Perkhidmatan yang dijalankan di sana ialah Table Service dimana perkerjanya juga agak baik.

Nasi Goreng Pataya 

Sunday, January 25, 2015

Jawatan Kosong

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blogger saya, saya ingin mengongsikan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah saya iaitu Pn.Husdha Antika Binti Adnan dalam subjek Pengurusan Sistem Katering. Saya diminta untuk melakukan satu edaran Jawatan Kosong. Contoh edaran yang telah saya buat dilengkapi nama, organisasi, no. telefon organisasi, jawatan, tarikh tutup permohonan, dan nama pengurus seperti yang diingini oleh pensyarah saya.


Contoh edaran jawatan kosong

Restoran Pak Usu

Assalamualaikum  dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blogger saya, di sini saya ingin menceritakan tentang kunjungan saya bersama rakan rakan dan mentor saya di restoran Pak Usu yang berada di Seksyen 13, Shah Alam berdekatan dengan kolej saya. Restoran ini menawarkan harga yang berpatutan untuk pelanggan iaitu RM 29.00 sekepala bagi dewasa, RM 12.00 bagi kanak - kanak, RM 15.00 bagi warga emas. Restoran Pak Usu terdapat pelbagai pilihan makanan yang dapat dipilih bagi pelanggan yang hadir di restoran ini. Pilihan yang terdapat ialah Seafood, Fishcad, Steak dan pelbagai jenis sayuran yang disediakan. Kami di restoran Pak Usu ini amat berpuas hati kerana dengan hanya RM 30.00 ringgit sahaja saya dapat menjamu semua menu dan hidangan yang disediakan. Kami amat menikmati pilihan makanan, minuman dan servis yang diberikan amat memuaskan.

Jenis - jenis seafood yang diberikan




Ketika menyambut hari jadi mentor kami
Kami selepas menikmati makanan di restoran tersebut

Kami ketika meinkmati hidangan yang diberikan












Restoran KFC

                     Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blogger saya ini, di sini saya ingin menceritakan tentang kunjungan saya ke restoran KFC. Disini saya telah menikmati makanan yang paling diminati ramai pelanggan yang memakan makanan KFC , makanan ini berset ataupon combo yang dinamakan SNACK PLATE COMBO. Set ini terdapat 2 ketul ayam (Hot and Spicy / Original), 2 regular size Mash Potato dan Coleslaw serta 1 Butterscoth bun. Set ini juga terdapat 1 regular size drinks yg berperisa pepsi, strawberry, 7up, revive dan moutainDew. Selain itu, saya juga telah menambah side order nugget, yg mempunyai 6 ketul. Rasanye agak sedap dan enak dimakan dalam keadaan panas. Set ini diminati ramai kerana mempunyai makanan yg mengenyangkan dan harga yang berpatutan. Selain itu, restoran ini juga bersih dan mempunyai kakitangan yang baik.

Makanan yang telah saya nikmati

Restoran McDonald's

                 Assalamulaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca saya yang agak ringkas ini, di sini saya ingin menceritakan tentang kunjungan saya bersama rakan di restoran McDonald's yang berada di dalam Setia City shopping mall. Restoran ini hanya dibuka 12 jam sahaja. Restoran ini agak biasa dengan kalayak ramai kerana selalu menikmati makanan di restoran ini. Saya telah memilih set burger GCB yang mempunyai air Sprite bersaiz besar dan Fries bersaiz besar. Anggaran harganya hanya bawah dari RM20. Restoran ini juga mempunyai tempat yang cantik dan bersih.


Bersama rakan - rakan sekelas

Gaya lampu yang agak menarik

Makanan yang telah kami nikmati