Assalamulaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blogger saya ini. Saya di sini ingin menceritakan tentang kunjungan saya di restoran Syed di SS 19, Subang Jaya, Selangor. Di sini adalah kawasan rumah saya yang terletak di Subang Jaya. Restoran ini dibuka lebih dari 5 tahun lepas, ia juga merupakan tempat makanan yang agak sibuk pada setiap hari. Menu pemakanan ia juga agak menarik, paling digemari di restoran itu adalah nasi briani bersama lauk - pauk yang agak menyelerakan. Di restoran itu, saya telah memesan Nasi Goreng Pataya kerana ia agak sedap bagi saya dan agak menyelerakan. Sambil menjamu makanan tersebut, sya juga menonton permainan bola yang telah disediakan oleh mereka. Perkhidmatan yang dijalankan di sana ialah Table Service dimana perkerjanya juga agak baik.
 |
Nasi Goreng Pataya |