Assalamulaikum dan selamat sejahtera, di sini saya ingin menceritakan kunjungan saya ke restoran yang mempunyai dalaman bertemakan gaya ARAB, menu makanan di sini juga mempunyai gaya arab. Restoran ini bernama NASI ARAB TA'IF yang berada di seksyen 13, Shah Alam. Restoran ini tidaklah diminati ramai kerana kawasanya yang agak sunyi. Tetapi makanannya agak sedap dan lazat seperti harganya. Saya mengunjungi restoran ini bersama rakan sekelas saya. Pekerja - pekerja di sana semua berbangsa arab dan mereka agak baik dan memahami kami walaupon segelintir sahaja yang tidak mengetahui bahasa melayu. Sekurang - kurangnya mereka boleh berbahasa inggeris, dengan sekadar perbahasaan melayu yang tidak bagus di negara kita ini, tidak semestinya kita tidak boleh menjalankan perniagaan dalam bahasa inggeris ataupon boleh mempelajari bahasa melayu sedikit demi sedikit. Walaubagaimanapun, saya dan rakan sekelas saya amat puas menjamu selera di restoran tersebut. Selain itu, kami juga agak berpuas hati dengan seris yang diberikan dari pekerja restoran tersebut. Kami harap bila sudah cukup duit di poket, akan kami kunjungi restoran NASI ARAB TA'IF yg bertema ini. Kami juga berharap dapat membawa rakan yang lain, atau keluarga kami untuk menjamu di restoran ini.

- Bahagian hadapan restoran NASI ARAB TA'IF
-Bahagian dalaman restoran
-Bahagian dalaman restoran
-Menu yang berada di restoran tersebut
-Saya yang sedang menikmati makanan tersebut
-Rakan saya yang sedang menikmati makanan tersebut
-Saya bersama pekerja di restoran tersebut
-Resit pembelian dari saya dan rakan saya
-Set tambahan dari saya dan rakan saya
BEEF SHAWARMA