Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blogger saya ini, dengan ini saya ingin menceritakan kunjungan saya bersama keluarga saya di restoran Pizza Hut. Restoran ini agak terkenal di seluruh dunia dan juga diminati orang ramai. Selalunya pada hari minggu, restoran ini agak sibuk dengan pelanggan, seperti kedatangan keluarga, pelajar - pelajar kolej atau universiti dan lain - lain. Saya dan keluarga mengunjungi restoran ini yang berada di Petaling Jaya. Menu makanannya ialah seperti jenis menu SEMI SELECTIVE untuk pelanggan. Saya dan keluarga saya telah memilih set menu keluarga dimana set itu mempunyai enam mangkuk chicken sup, dua pinggan garlic bread, dua jenis pizza (satu bersaiz besar dan satu bersaiz sederhana) dan dua jenis air berkhabonat serta tambahan dua jenis pasta. Saya dan keluarga saya telah memilih dua jenis pizza seperti Super Supreme Pizza dan Large Jam Packed Pizza. Dua jenis pasta pula ialah Creamy Mushroom Chicken Fettucine dan Pollo Arabiatta Spaghetti. Dua jenis air pula ialah air berkhabonat Revive dan Mountain Dew. Harga keseluruhan makanan dan minuman tersebut tidaklah mencecah RM 100. Makanannya cukup lazat dan mengenyangkan. Pekerjanya juga baik dan mempunyai tempat yang bersih. Saya juga bergembira kerana dapat meluangkan masa bersama keluarga untuk menikmati restoran Pizza Hut ini. Saya harap saya dan keluarga saya dapat mengunjungi restoran ini lagi.
- Chiken soup sebagai hidangan utama atau appetizer yang mempunyai 6 mangkuk untuk keluarga saya dan juga saya
-Air yang dihidangkan Revive Isotonik
-Garlic Bread sebagai hidangan utama ataupon appertizer
-Menu tambahan Pollo Arabiatta Spaghetti
-Jenis Pizza Super Supreme Pizza
-Jenis Pizza Large Jam Packed Pizza
No comments:
Post a Comment