![]() |
Contoh edaran jawatan kosong |
Sunday, January 25, 2015
Jawatan Kosong
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blogger saya, saya ingin mengongsikan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah saya iaitu Pn.Husdha Antika Binti Adnan dalam subjek Pengurusan Sistem Katering. Saya diminta untuk melakukan satu edaran Jawatan Kosong. Contoh edaran yang telah saya buat dilengkapi nama, organisasi, no. telefon organisasi, jawatan, tarikh tutup permohonan, dan nama pengurus seperti yang diingini oleh pensyarah saya.
Restoran Pak Usu
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blogger saya, di sini saya ingin menceritakan tentang kunjungan saya bersama rakan rakan dan mentor saya di restoran Pak Usu yang berada di Seksyen 13, Shah Alam berdekatan dengan kolej saya. Restoran ini menawarkan harga yang berpatutan untuk pelanggan iaitu RM 29.00 sekepala bagi dewasa, RM 12.00 bagi kanak - kanak, RM 15.00 bagi warga emas. Restoran Pak Usu terdapat pelbagai pilihan makanan yang dapat dipilih bagi pelanggan yang hadir di restoran ini. Pilihan yang terdapat ialah Seafood, Fishcad, Steak dan pelbagai jenis sayuran yang disediakan. Kami di restoran Pak Usu ini amat berpuas hati kerana dengan hanya RM 30.00 ringgit sahaja saya dapat menjamu semua menu dan hidangan yang disediakan. Kami amat menikmati pilihan makanan, minuman dan servis yang diberikan amat memuaskan.
![]() |
Jenis - jenis seafood yang diberikan |
![]() |
Ketika menyambut hari jadi mentor kami |
![]() |
Kami selepas menikmati makanan di restoran tersebut |
![]() |
Kami ketika meinkmati hidangan yang diberikan |
Restoran KFC
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blogger saya ini, di sini saya ingin menceritakan tentang kunjungan saya ke restoran KFC. Disini saya telah menikmati makanan yang paling diminati ramai pelanggan yang memakan makanan KFC , makanan ini berset ataupon combo yang dinamakan SNACK PLATE COMBO. Set ini terdapat 2 ketul ayam (Hot and Spicy / Original), 2 regular size Mash Potato dan Coleslaw serta 1 Butterscoth bun. Set ini juga terdapat 1 regular size drinks yg berperisa pepsi, strawberry, 7up, revive dan moutainDew. Selain itu, saya juga telah menambah side order nugget, yg mempunyai 6 ketul. Rasanye agak sedap dan enak dimakan dalam keadaan panas. Set ini diminati ramai kerana mempunyai makanan yg mengenyangkan dan harga yang berpatutan. Selain itu, restoran ini juga bersih dan mempunyai kakitangan yang baik.
![]() |
Makanan yang telah saya nikmati |
Restoran McDonald's
Assalamulaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca saya yang agak ringkas ini, di sini saya ingin menceritakan tentang kunjungan saya bersama rakan di restoran McDonald's yang berada di dalam Setia City shopping mall. Restoran ini hanya dibuka 12 jam sahaja. Restoran ini agak biasa dengan kalayak ramai kerana selalu menikmati makanan di restoran ini. Saya telah memilih set burger GCB yang mempunyai air Sprite bersaiz besar dan Fries bersaiz besar. Anggaran harganya hanya bawah dari RM20. Restoran ini juga mempunyai tempat yang cantik dan bersih.
![]() |
Bersama rakan - rakan sekelas |
![]() |
Gaya lampu yang agak menarik |
![]() |
Makanan yang telah kami nikmati |
Restoran SOTO
Asslamaualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blogger saya yang agak menarik ini, dengan ini saya ingin menceritakan kujungan saya ke sebuah restoran yang agak menarik dengan makanan yang dihidangkan. Restoran ini bernama Restoran SOTO yang mempunyai 4 lot kedai bersamanya. Di restoran itu juga mempunyai pelbagai jenis makanan dan juga lauk yang berbeza - beza. Selain itu, restoran itu sentiasa penuh apabila waktu lunch ataupun makan tengah hari. Saya telah mengunjungi restoran itu bersama rakan - rakan saya, mereka juga tahu bahawa restoran itu agak menarik. Minuman di restoran itu mempunyai pelbagai jenis minuman seperti yang terkenal minuman Teh'o Ice. Saya telah memilih makanan seperti nasi kosong, ikan keli masak cili, kari daging dan paru goreng. Antara makanan yang saya pilih adalah kegemaran saya. Harga makananya memang berpatutan dan amat memuaskan.
![]() |
Makanan yang telah saya nikmati |
Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blogger saya yang boleh diatasi lagi ni, dengan ini saya ingin menceritakan kunjungan saya ke sebuah restoran yang berdekatan dengan kolej saya iaitu restoran NASI LEMAK CINTA SAYANG yang mempunyai pekerja melayu minang. Restoran ini agak terkenal dengan makanan yang dihidangkan. Ia juga terkenal dengan namanya. Selain itu, makanannya juga boleh diambil sendiri atau dipesan sahaja. Di sana saya telah mengambil sendiri makanan yang digelar sebagai nasi campur. Saya mengambil set nasi lemak dan lauk tambahan seperti daging masak kicap dan paru goreng. Saya ditemani oleh rakan - rakan saya untuk menjamu di retoran tersebut.
![]() |
Makanan yang telah saya nikmati |
Restoran AL RAFI
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blogger saya yang agak terbaik ini, di sini saya ingin menceritakan tentang kunjungan saya ke restoran berdekatan dengan kolej saya iaitu restoran AL RAFI yang dimiliki oleh warga mamak. Restoran ini berfungsi selama 365 hari dalam setahun, 7 hari dalam seminggu dan 24 sehari serta restoran ini tidak pernah berhenti sama sekali kecuali jika ada masalah yang tertentu. Pekerja - pekerja di sini kesemuanya adalah warga mamak dan mereka agak baik dari segi pekerjaan sahaja. Di sana saya telah memesan makanan seperti Roti Chapati, 2 Telur Rebus dan air Teh Tarik. Saya memilih makanan ini untuk menikmati sarapan pagi di restoran tersebut. Jikalau boleh saya ingin menikmati sarapan pagi setiap hari di restoran tersebut.
![]() |
Roti Chapati |
![]() |
Air Teh Tarik |
![]() |
Telur Rebus |
Restoran Fradoo ABC
Assalamulaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blogger ini, saya di sini ingin menceritakan tentang kunjungan saya dan rakan - rakan saya di sebuah restoran ABC yang berada di kawasan Seksyen 2, Shah Alam. Restoran ini bernama FRADOO ABC yang agak terkenal di kawasan tersebut, harganya juga agak berpatutan dengan hidangan ABC yang diberikan. Saya mengetahui tentang restoran ini dari rakan saya yang menetapi di Shah Alam. Selain itu, restoran ini juga terkenal di laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain - lain. Restoran ini juga agak sibuk apabila hari minggu ataupon hari yang mempunyai cuaca yang agak panas. Jenis - jenis ABC ia juga agak menarik seperti ABC kacang, coklat, laici, anggur dan banyak lagi. Saya harap restoran ini akan maju dan membuka sebuah restoran yang lebih besar lagi.
![]() |
ABC kacang mix |
Restoran Pizza Hut
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blogger saya ini, dengan ini saya ingin menceritakan kunjungan saya bersama keluarga saya di restoran Pizza Hut. Restoran ini agak terkenal di seluruh dunia dan juga diminati orang ramai. Selalunya pada hari minggu, restoran ini agak sibuk dengan pelanggan, seperti kedatangan keluarga, pelajar - pelajar kolej atau universiti dan lain - lain. Saya dan keluarga mengunjungi restoran ini yang berada di Petaling Jaya. Menu makanannya ialah seperti jenis menu SEMI SELECTIVE untuk pelanggan. Saya dan keluarga saya telah memilih set menu keluarga dimana set itu mempunyai enam mangkuk chicken sup, dua pinggan garlic bread, dua jenis pizza (satu bersaiz besar dan satu bersaiz sederhana) dan dua jenis air berkhabonat serta tambahan dua jenis pasta. Saya dan keluarga saya telah memilih dua jenis pizza seperti Super Supreme Pizza dan Large Jam Packed Pizza. Dua jenis pasta pula ialah Creamy Mushroom Chicken Fettucine dan Pollo Arabiatta Spaghetti. Dua jenis air pula ialah air berkhabonat Revive dan Mountain Dew. Harga keseluruhan makanan dan minuman tersebut tidaklah mencecah RM 100. Makanannya cukup lazat dan mengenyangkan. Pekerjanya juga baik dan mempunyai tempat yang bersih. Saya juga bergembira kerana dapat meluangkan masa bersama keluarga untuk menikmati restoran Pizza Hut ini. Saya harap saya dan keluarga saya dapat mengunjungi restoran ini lagi.
- Chiken soup sebagai hidangan utama atau appetizer yang mempunyai 6 mangkuk untuk keluarga saya dan juga saya
-Air yang dihidangkan Revive Isotonik
-Garlic Bread sebagai hidangan utama ataupon appertizer
-Menu tambahan Pollo Arabiatta Spaghetti
-Jenis Pizza Super Supreme Pizza
-Jenis Pizza Large Jam Packed Pizza
Restoran Nasi Arab Ta'if
Assalamulaikum dan selamat sejahtera, di sini saya ingin menceritakan kunjungan saya ke restoran yang mempunyai dalaman bertemakan gaya ARAB, menu makanan di sini juga mempunyai gaya arab. Restoran ini bernama NASI ARAB TA'IF yang berada di seksyen 13, Shah Alam. Restoran ini tidaklah diminati ramai kerana kawasanya yang agak sunyi. Tetapi makanannya agak sedap dan lazat seperti harganya. Saya mengunjungi restoran ini bersama rakan sekelas saya. Pekerja - pekerja di sana semua berbangsa arab dan mereka agak baik dan memahami kami walaupon segelintir sahaja yang tidak mengetahui bahasa melayu. Sekurang - kurangnya mereka boleh berbahasa inggeris, dengan sekadar perbahasaan melayu yang tidak bagus di negara kita ini, tidak semestinya kita tidak boleh menjalankan perniagaan dalam bahasa inggeris ataupon boleh mempelajari bahasa melayu sedikit demi sedikit. Walaubagaimanapun, saya dan rakan sekelas saya amat puas menjamu selera di restoran tersebut. Selain itu, kami juga agak berpuas hati dengan seris yang diberikan dari pekerja restoran tersebut. Kami harap bila sudah cukup duit di poket, akan kami kunjungi restoran NASI ARAB TA'IF yg bertema ini. Kami juga berharap dapat membawa rakan yang lain, atau keluarga kami untuk menjamu di restoran ini.
- Bahagian hadapan restoran NASI ARAB TA'IF
-Bahagian dalaman restoran
-Bahagian dalaman restoran
-Menu yang berada di restoran tersebut
-Saya yang sedang menikmati makanan tersebut
-Rakan saya yang sedang menikmati makanan tersebut
-Saya bersama pekerja di restoran tersebut
-Resit pembelian dari saya dan rakan saya
-Set tambahan dari saya dan rakan saya BEEF SHAWARMA
Subscribe to:
Posts (Atom)